Kehidupan Di Tepi Laut
Mendiami 'Qubaz Suites' merupakan kehidupan berlatarkan panorama 360 darjah kehidupan pantai. Kurang daripada 1km dari Chinatown dan kesibukan muara Sungai Terengganu di pusat bandar, dan sekadar menaiki bot untuk ke pulau. Dihubungkan dengan semua bandar Utama menerusi sistem jalan raya yang sangat baik dan hanya 15 minit dari lapangan terbang. Kejiranan ini merupakan lokasi yang paling tepat untuk mereka yang mahu ke destinasi pantai yang terkenal di dunia di pantai timur Semenanjung Malaysia.